Posted by: ummiabah | January 16, 2010

Assalamualaikum!

Tahun 2009 baru sahaja melabuhkan tirainya. Rasanya baru sahaja kami menjejakkan kaki di bumi Jepun ini. Ketika sampai (Mac, 2009), musim sejuk berada di penghujungnya dan sekarang musim sejuk telah pun bermula semula. Begitu pantasnya masa beredar. Ahli keluarga pun telah bertambah dari 3 kepada 5 dengan kelahiran Sofiyya dan Surayya!  Subhanallah….

Blog ini akan merakamkan pelbagai peristiwa dan akitiviti yang melibatkan kami di sini serta istimewanya perkembangan terkini Umar, Sofiyya dan Surayya. Semoga dengan adanya blog ini yang merangkap sebagai laporan bergambar perkembangan kami di sini, adalah diharap dapatlah sedikit-sebanyak mengubat rindu di hati Atuk dan Opah (Ipoh) serta Tok Ayah dan Opah (Jengka).

Di samping itu, kami berbesar hati jika ayah-ayah dan emak-emak saudara Umar dan adik-adik sudi mengikuti perkembangan mereka di sini. Walaupun agak sibuk dengan pelbagai urusan harian masing-masing, kami (abah dan umminya) akan cuba sedaya upaya untuk mengemaskinikan laman blog ini dari masa ke semasa.

Inilah rakaman kehidupan anak-anak kami…

Musim bunga (JAIST, 2009)

 


Responses

  1. caya la beb… kume pon dh kurg nk tulis blog.. xsgka2 plak kakak n abg ipo kume plak dok rjin nk b’blog.. bgos2… slmt mgupdate cite yg tkni ek.. insya allah kami di tggnu akan salu mngikuti pkmbgn blog ummiabah ni.. hehehehe…

  2. welcome to the world of blogging !
    besenye student2 yg merantau ke luar negara mmg wajib ada blog sbb family di tanahair nak tengok perkembangan terkini lg sensasi..hehe..selain berSKYPE


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: