Posted by: ummiabah | April 17, 2012

Notis a.k.a Pemberitahuan

Adalah dimaklumkan bahawa blog yang tak seberapa ini dengan separa rasminya diberhentikan penerbitannya atas-atas sebab yang tidak dapat dielakkan, yakni tuan rumah sibuk dengan penerbitan saintifiknya. Bagaimanapun anda bebas untuk membaca dan mangambil manfaat dari post-post yang lalu tanpa malu-malu. Tiada caj dikenakan tapi kalau nak bayar juga bolehlah disalurkan ke masjid-masjid terdekat. Sayonara. 

Posted by: ummiabah | July 6, 2011

Very Fast Food

Anak-anak adalah amanah dari Allah. (Gambar hiasan)

Bila ada anak kecil yang ramai, terutamanya yang ada anak kembar, salah satu kemahiran yang perlu ada untuk menguruskan mereka ialah kecekapan dan kepantasan. Jadi, jikalau anda bukanlah tergolong dalam golongan yang pantas dan ligat..maka perlu cari suatu wahana (maaf, bahasa laras tinggi!) untuk menutupi kekurangan itu..

Dalam wacana (ho..ho. :)) kali ini, UmmiAbah ingin berkongsi cara dan kaedah kami untuk menguruskan si kembar kami dari segi pemakanan. Kembar Sofiyya dan Surayya ni Alhamdulillah dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan selera makan yang sangat cemerlang. Susu botol tu, boleh dikatakan setiap 2 jam sekali perlu disupply kepada depa. Disamping tu, mereka akan sentiasa demand makanan kita bila nampak je kelibat kita sedang makan. Kalau makan nasi takpa, boleh bagi nasi kosong kat diaorang, tapi kalau tengah makan makanan2 yang liat macam daging bakar ke, ayam KFC ke, kebab ke.. (contoh aje :)), tak dapat ler den nak nolong..sebab takut lekat..lepas tu muntah, habis keluar semua tok nenek makanan dari dalam perut.

Sesi makan dan sepah..

Salah satu kaedah yang paling mudah ialah memberikan mereka fast food. Fast food yang diaksudkan disini termasuk segala jenis makanan yang sangat cepat dimasak dan cepat dimakan..kalau boleh tak perlu masak langsung..

Fast food yang menjadi pilihan kami ialah tauhu lembut dan mee udon. Tauhu lembut tu ada yang plain dan yang campur telur. Cara menyediakannya sangat mudah. Buka cover plastiknya, ambil sudu dan suapkan pada anak-anak.

Tauhu - antara makanan paling murah dipasaraya.

Udon pula, buka plastik, potong sebanyak mana yang nak kasi makan, rendamkan dalam air panas selama 2 minit, suapkan. Jangan lupa potong pendek-pendek, nanti tercekik pula anak-anak kita..

 

Udon – boleh di makan begitu saja.

Begitulah serba sedikit tips memberi makan kepada anak-anak kecik yang kuat selera makannya dengan pantas dan cepat dan yang pentingnya berkhasiat..InsyaAllah.

Posted by: ummiabah | June 2, 2011

Alhamdulillah & Tetralogy of Fallot

Padi huma di pangkal tualang,

Susun rapat dipinggir kali,

Agak lama hamba menghilang,

Baru kini bersua kembali.

 

Sudah hampir 4 purnama UmmiAbah menyepikan diri. Menyepikan diri, malangnya bukan sebab keluar jalan Allah tapi disebabkan sibuk menguruskan macam-macam hal keduniaan. Dalam 4 bulan tu macam-macam perkara yang berlaku: Hampir sebulan tidur di hospital. Anak selamat menjalani pembedahan. Berjaya menyiapkan 2 scientific papers untuk jurnal publication. Present paper pada 2 conferences. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Afrika. Umar Berjaya cerai pampers sepenuhnya.

Pertama kali di bumi Afrika.

Alhamdulillah, UmmiAbah sangat bersyukur dan berbangga kerana akhirnya Umar berjaya bercerai pampers pada usia 4 tahun setengah. (Adalagi ke budak yg lebih lewat dari Umar? :roll:). Malah lebih membanggakan, Umar sekarang tidak lagi memakai pampers 24 jam termasuk waktu malam. Sungguh tak ku sangka. Penat UmmiAbah risau kat dia jer..Agaknya Umar ni jenis late bloomer. Lambat meniarap, lambat berjalan, lambat bercakap… Apa pun yang penting dia sihat dan riang.

Umar – a late bloomer. We believe in you.

Sofiyya dan Sofiyya pula membesar dengan cepatnya, dah hampir nak setara dengan si abang dari segi fizikal. Mereka ni ada satu kemahiran istimewa – dua-duanya akan jatuh terkulai layu bila je nampak Abahnya balik dari lab! (mintak didukung)

Sofiyya & Surayya – dah nak sama besar dengan si abang.

Alhamdulillah anakanda bungsu kami, Sumayya sekarang sudah berusia genap 5 bulan. Walaupun terpaksa menjadi penghuni NICU selama lebih sebulan, terpaksa menjalani pembedahan pada usia seawal sebulan, kini Sumayya membesar dengan sihat dan merupakan seorang bayi yang periang dan tak banyak kerenah. Bayi paling cemerlang dalam Umar & co., so far.   

Alhamdulillah, Allah yang mendatangkan segala ujian dan dia jugalah yang memudahkan kita menjalani segala ujian. Sesungguhnya dalam setiap kesusahan besertanya kesenangan.

Sumayya – pemenang anugerah bayi cemerlang.

Sumayya sebenarnya mengalami masalah jantung semenjak dari dalam kandungan lagi. Nama saintifik heart diseasenya ialah Tetralogy of Fallot (TOF). Syukur, di Jepun ni, khidmat perubatan yang disediakan sangat baik, malah terpuji. Masalah pada jantungnya sebenarnya berjaya dikesan doctor semenjak 6-7 bulan dalam kandungan. Sejak itu, banyak kali scan-scan susulan dilakukan sehinggalah saat kelahiran. Malah, semasa lahir pun ada doctor jantung khas yang siap sedia stand-by untuk take-over bawa Sumayya ke unit NICU.

Walaupun Umminya telah dibenarkan pulang pada hari ke4, namun Sumayya terpaksa ditahan di NICU hospital sehingga lebih-kurang 3 minggu sebelum doktor membuat keputusan yang dia perlu dibedah segera. Kemudian dia dipindahkan Hospital University Kanazawa khusus untuk menjalani pembedahan. Kalau selama di NICU, ada jururwat khas yang sentiasa memantau dan menguruskan dia, tapi setelah dipindahkan hospital, dia dimasukkan ke wad kanak-kanak dan terpaksalah Abahnya turut masuk wad bersamanya. Kalau sebelum tu jururawat sepenuhnya bertanggung jawab menjaga dia, kini Abahnya yang mengambil alih tugas tu.

Suasana open cafe di musim dingin – Kanazawa University Hospital.

Mujurlah jururawat-jururawat di wad kanak-kanak Hospital University Kanazawa tu sentiasa sedia membantu. Dari menyalin pampers, dodoikan untuk tidur, buat susu, bersihkan badan, mandikan, pujuk masa menangis lapar tapi terpaksa dicontrol limit susu yg diberi- pendek kata banyak sangat jasa mereka. Terima kasih dari lubuk hati UmmiAbah. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat di JAIST yang telah sudi menolong menghantar bekal makanan ke hospital pada hari salji lebat dan tebal – sebab tak ada makanan halal di wad. Juga tak lupa juga bantuan masyrakat Islam di JAIST dan Kanazawa University yang sudi datang menziarah kami di hospital. (and for the hadiahs too)

Bekalan makanan masa dalam wad – terima kasih Ummi walau tengah penat berpantang.

UmmiAbah bersyukur kerana Sumayya dilahirkan di bumi Jepun. Kerana itu UmmiAbah tidak perlu menunggu Sumayya berumur 2 tahun untuk dibedah. Kalau di Malaysia, anak-anak yang menghidap TOF terpaksa berjuang sendirian sehingga mencapai umur 2 tahun, tapi Alhamdulillah di Jepun, anak-anak TOF biasanya akan dioperate (by-pass operation)ketika berumur 1-2 bulan, sebelum menjalani full operation sekitar umur mereka 1 tahun.

Dalam beberapa bulan lagi Sumayya akan akan menjalani pembedahan untuk menutup lubang pada jantungnya. Semoga Allah memudahkan segalanya. Sesungguhkan kesihatan itu adalah satu nikmat yang besar dari Allah.

 

Posted by: ummiabah | January 13, 2011

Trip to Kashmir (for the sake of Nan and Tandoori Chicken!)

Peta Kashmir. Ada ‘sedikit’ kena mengena dengan entry ini.

Pada tanggal 30hb Disember 2010 (yes, 2 hari sebelum Umminya masukwad!), rombongan kami yang berjumlah 4 orang telah melakukan satu rombongan mak kiah ekpedisi ke ‘Kashmir’. Untuk makluman, kesemua ahli rombongan terdiri dari kaum Adam yang merentasi 3 generasi.

Peserta-peserta ekspedisi yang terdiri dari 3 generasi.

Expedisi tersebut yang sebenarnya merupakan satu plan bidan terjun sahaja bermula pada sebelah petang selepas beberapa ketika matahari tergelincir dari atas kepala dan dilakukan tanpa sebarang bantuan alat navigator terkini. Yang menjadi petunjuk hanya beberapa keping kertas yang mana tercetaknya peta-peta kasar yang diperolehi ehsan dari google-map.

 Rintangan pertama kami adalah jalan-jalan berliku ditambah pula dengan jarak penglihatan yang terhad kerana cuaca yang bersalji, ditop-up pula dengan jalan yang agak licin. Sepanjang perjalanan, kami dapat menyaksikan panorama-panorama menarik perkampungan orang-orang tempatan di situ. 

Ketua ekspedisi bergambar kenangan bersama ‘jip’ kami sebelum berlepas.

Setelah hampir 2 jam ekspedisi, kami menemui petunjuk untuk menuju ke arah destinasi kami yang memerlukan kami keluar dari jalan utama dan mengambil laluan ke sebelah kiri atau hidari dalam bahasa Jepun. Oleh kerana waktu terbenamnya matahari hampir tiba dan kami belum menyettlekan solat Asar kami, maka kami memutuskan untuk singgah sahur solat Asar di masjid berhampiran. Sesungguhnya masjid tersebut adalah satu dari 2 masjid yg wujud di negeri yang kami berada itu. Juga berdasarkan peta di tangan kami, kami assume bahawa ‘Kashmir’ berada tidak jauh dari situ. Pada mulanya kami menjangkakan tidak akan mengalami sebarang masalah untuk sampai ke masjid tersebut kerana kedudukannya yang kacang senang dicari dalam peta kami, namun hakikatnya jangkaan kami itu meleset sama sekalai bak kata pepetah jauh panggang dari api. (wah kambing panggang…yum… yum…)

Gambar hiasan – kambing panggang.

Setelah melilau-lilau mencari jalan dengan dibantu petunjuk secara lisan orang-orang tempatan, Alhamdulillah akhirnya kami berjaya sampai di masjid terbabit setengah jam sebelum terbenamnya mentari di ufuk barat. Cuaca ketika itu agak sejuk dengan hembusan angin musim dingin yang menampar tajam ke wajah kami. Masjid yang kami singgahi itu sederhana sahaja pembinaannya. Tetapi Masyaallah dalam set up yang cukup simple itu ia memancarkan mesej yang begitu agung secara begitu straight-to-the-point. Untuk menyelami maksud yang dimaksudkan sila rujuk kepada imej yang ke-2 dari atas.

Setelah selesai menunaikan solat Asar dan seterusnya Maghrib, kami meneruskan ekspedisi kami menuju ke ‘Kashmir’. Sebelum itu kami sempat menanyakan kepada penduduk Muslim tempatan akan cara dan kaedah untuk sampai ke Kahmir dari masjid tersebut. Setelah diberi penjelasan panjang lebar, maka kami pun berangkatlah dengan confidentnya. Namun kusangka cempedak rupanya nangka, ternyata Kashmir tidak semudah itu untuk dijejaki…

Sempatlah juga kami melilau-lilau dalam jalan sawah padi yang sempit itu.😆 Sekali lagi kami berhenti sekejap, kali ini di Circle-K untuk bertanyakan kepada pegawai bertugas akan kaedah dan cara untuk sampai ke Kashmir. Ghuper-ghupernya (bak kata orang Peghak), dah dekat benar dah dari situ. Alhamdulillah setelah melakukan pelayaran selama beberapa minit, akhirnya kami berjaya sampai ke Kashmir Restoran.😀

Wajah luar Restoran Kashmir boleh dikatakan agak zuhud dari standard Jepun. Tetapi, jangan risau, kualiti makanannya – superb! Malam itu kami menjamu selera dengan sepuas-puasnya hingga hampir mencecah tahap tepu. Antara menu kami untuk rujukan anda semua (harap jangan terliur..yum..yum) ialah roti nan, nasi beriyani, tandoori chicken, chicken tikka masalla, butter masalla chicken, mutton curry dan tidak lupa juga chai (tea susu ala india). Oh ya..mereka juga menyediakan salad dan jus mango secara percuma kepada pengunjung. Untuk rujukan lebih lanjut anda boleh melihat sekilas lalu (kalau lama-lama kang takut terliur..) paparan-paparan dibawah ini. Enjoy the food pics!

Tandoori Chicken

Salad dan Mango Juice. (percuma)

Nan & Mutton curry.

Butter masalla - Umar's favourite.

Penutup majlis - Secangkir Chai.

 

Posted by: ummiabah | January 8, 2011

Mereka naik taraf..

 

Pemandangan musim salji di JAIST. Kelibat 2 manusia itu adalah Umar dan bapa saudaranya.

Pada tanggal 1/1/2011 bersamaan yang lepas, Sofiyya dan Surayya ‘secara rasmi’nya telah dinaikkan taraf sebagai kakak dengan kelahiran adinda perempuan mereka di wad bersalin Kanazawa Prefectural Central Hospital tepat jam 2.30 pm. Alhamdulillah..

Kami secara rasminya 'kakak' sekarang.

Ini merupakan berita gembira, terutamanya kepada si Sofiyya yang selama ini hanya sekadar menjawat jawatan sebagai kakak secara tidak rasmi lantaran kerana jawatan tersebut tidak diiktiraf oleh si Surayya.

Ahli baru kelab Umar & Co.

Adinda perempuan mereka yang diberi nama Almas Sumayya dilahirkan pada hari Sabtu yang sangat dingin, sewaktu seluruh kawasan hospital diliputi dengan salji. Namun kelahiran beliau telah menghangatkan hati ayah bonda beliau. Segala susah-payah meredah salji untuk ke hospital yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dengan ‘kereta biasa’ dengan pemanduan secara biasa oleh insan biasa berbaloi dengan terdengarnya tangisan sulung dari si putri.

Suasana hospital masa kami sampai. Salji renyai-renyai..

UmmiAbah juga sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengabulkan hajat UmmiAbah untuk menyambut putri kami ini pada tahun 2011. Niatnya supaya ada gap setahun dengan kakak-kakaknya. Juga kerana mengabulkan hajat kami supaya kelahiran kali ini pun disambut oleh doktor wanita walaupun sepatutnya beliau hanya bertugas sehingga pagi 1/1/2011, tetapi telah melewatkan cuti beliau hingga ke petang semata-mata nak menolong menyambut putri kami ni. Arigatou…Sasakura-sensei!

Kiri - Bilik bersalin Puan 'Ahmad'. (Penyalahgunaan nama bapa!), Kanan - Bilik Doktor Kanak-kanak Stand-by.

Katil extra untuk Abahnya. Katil pesakit ada disebelah kiri gambar. Di Jepun, biasanya ibu-ibu dikehendaki berada dalam wad selama 4-5 hari selepas bersalin.

 

Posted by: ummiabah | December 20, 2010

Salji Pertama

 

Salji pertama untuk musim sejuk tahun ni turun pada waktu petang.

Sila perhatikan gambar di atas… Sila perhatikannya dengan teliti…Sebenarnya, tak ada apa yang pelik mengenai gambar ni, melainkan kalau diperhatikan betul-betul, maka boleh dilihat banyak titik-titik putih dalam gambar ni. Makhluk apakah titk-titik putih itu? Sebenarnya ia adalah titisan-titisan salji, yakni salji pertama yang turun untuk musim dingin tahun ini. Salji pertama ni, dalam bahasa Jepun dipanggil ‘Hatsu Yuki’. (Yuki (雪) bermakna salji, hatsu (初) bermakna pertama)

Laluan di belakang rumah kami menuju ke parking area.

Umar dah tak sabar-sabar nak main salji.

Macam tahun lepas juga, salji mulai turun pada pertengahan bulan Disember, dan akan berlarutan hingga ke akhir bulan Mac. (Tapi taklah bermakna tiap-tiap hari turun salji..) Sekitar bulan Januari dan Februari, basanya sekitar kawasan JAIST akan diliputi warna putih, sebab salji-salji yang terkumpul dan tak sempat mencair lantaran suhu yang rendah.

Untuk menghadapi musim dingin ni, ada beberapa persiapan yang perlu dibuat. Menjelang musim dingin, para ibu-ibu akan mula menggeledah almari untuk mengeluarkan baju-baju musim sejuk. Selimut-selimut dan cadar pun perlu ditukar kepada yang lebih tebal dan panas. Heater-heater yang tersimpan akan mula dikeluarkan dari tempat simpanannya. Dan bagi mereka yang memandu, penukaran tayar dari tayar biasa kepada tayar musim sejuk perlu dilakukan.

Pakaian rasmi untuk musim sejuk si kembar.

Di Jepun ni tayar yang digunakan sebagai tayar musim sejuk ialah studless tyre. Tayar ni berbeza dari tayar biasa dari segi corak bunganya dan juga bahan yang digunakan untuk menghasilkannya. Pada permukaan tayar ni terdapat liang-liang kecil yang membantu mencengkam salji untuk mengelakkan dari tayar menggelincir bila melalui jalan bersalji. Getah yang digunakan untuk membuatnya juga berbeza dengan getah untuk tayar biasa. Getah ni perlu tahan suhu rendah, yakni tak menjadi rapuh(brittle) pada suhu rendah.

Tayar musim sejuk (kanan) berbeza dengan tayar biasa (kiri).

Tahun lepas, tayar kereta UmmiAbah ditukar sendiri dengan bantuan sahabat-sahabat Islam di JAIST. Tapi tahun ni, tukar di stesen minyak sebab terlepas masa operasi tukar tayar yang dilakukan diaorang. Nak buat sorang-sorang, mujahadah sikit… Caj yang dikenakan untuk ditukar tayar di kedai biasanya dalam lingkungan 3000 Yen. Tapi Alhamdulillah kami dapat murah, cuma 2600 Yen sahaja. Tunaiiii…😀

Posted by: ummiabah | November 26, 2010

Hujan Air Batu

Dedaun pokok pagar yang bertukar warna menjadi merah sebelum luruh.

Masa kecik-kecik dulu, pernah juga dengar cerita tentang hujan air batu. Tapi, masa tu, tak pula berkesempatan untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri sebab hujan air batu tu dikatakan telah turun waktu tengah malam…

Bila dah dewasa ni, tatkala perihal tentang hujan air batu pun dah hampir luput dari ingatan, tanpa disangka-sangka berkesempatan menyaksikan bagaimana rupanya yang dikatakan hujan air batu tu.

Laman belakang koridor rumah selepas hujan air batu.

Hujan air batu atau dalam Nihongo dipanggil ‘ararek’, kerapkali turun pada hari yang sejuk dalam musim luruh atau permulaan musim sejuk. Turunnya ‘ararek’ ni menandakan cuaca dah semakin sejuk dan salji mungkin turun tak lama lagi.

Bulan ni, hujan air batu dah 2-3 kali turun, samada awal pagi atau lewat petang. Saiznya (diameter) sekitar 0.5 cm hingga 1 cm.

'Ararek' yang mula mencair di koridor rumah.

Kalau berpeluang dihujani dengan hujan air batu, boleh tahan juga sakitnya – terasa macam kena tembak dengan terung bulat yang kecik tu. (Don’ try this at home ! :D ) 

Hujan daun?

 

Older Posts »

Categories