Posted by: ummiabah | May 7, 2010

Masyarakat ‘emas’..

Kejayaan luar biasa boleh dicapai oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.

Taburan penduduk mengikut umur di Jepun ni terbalik dengan Malaysia. Lebih satu daripada 5 rakyat Jepun merupakan golongan berusia 65-tahun ke atas (data 2008) iaitu angka peratusan yang tertinggi di dunia. Sebaliknya golongan muda (bawah 19 tahun) hanya sekitar 20% sahaja. (Malaysia – 15 tahun ke bawah, 32%) Fenomena ‘penuaan masyarakat Jepun’ ini terjadi kerana i) peningkatan jangka hayat di Jepun dan ii) kerana kadar kelahiran yang rendah iaitu sekitar 10.3 kelahiran per 1000. (Berbanding Malaysia- 22.2 kelahiran per 1000 orang).

Demografi penduduk Jepun menunjukkan penurunan peratusan golongan muda (bar warna biru).

Untuk maintain nisbah pekerja-pesara sekarang hingga ke tahun 2050, kerajaan Jepun dikatakan perlu menaikkan umur persaraan hingga ke 77 tahun atau mengambil pekerja asing sehingga 10 juta orang setiap tahun. Umumnya umur persaraan sekarang bagi kebanyakan syarikat ialah 65 tahun berbanding 60 tahun suatu ketika dulu.

 Oleh sebab itu kerajaan Jepun terpaksa melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan kadar kelahiran di Jepun ni. Antaranya ialah imbuhan bagi setiap bayi yang dilahirkan sehingga berumur hingga 3 tahun, setiap bulan akan menerima 10 ribu yen (dalam 370 RM) dan yang 3 tahun ke atas menerima 5 ribu yen. (Tak ingat sampai umur berapa tahun boleh dapat imbuhan ni… :roll:) 

Tiap-tiap bulan kami dapat 'gaji' dari kerajaan Jepun.

Oleh sebab peratusan golongan warga emas yang tinggi, pelbagai sistem juga turut diubahsuai untuk menepati kehendak golongan tua. Contohnya, bagi pemandu yang berusia 75 tahun keatas diwajibkan mengenakan logo daun bewarna perang. Bagi yang bersuai 70 tahun keatas bergantung samada dia melepasi tahap kesihatan yang minima baru dikecualikan. 

Logo bagi pemandu warga emas.

Kalau di kaunter-kaunter kerjaan atau pejabat pos biasa kita boleh jumpa cermin mata yang disediakan untuk warga tua, bagi memudahkan mereka mengisi borang dsb. Siap ada kategori lagi dari power rendah –> medium –> tinggi. 

Spek mata untuk warga emas di sebuah pejabat pos. Yang kiri sekali - kanta pembesar. :D

Lagi satu, banyak dikalangan orang-orang Jepun ni yang memelihara pet seperti kucing dan anjing terutamanya. Antaranya mungkin sebab faktor kesunyian… Yang bagusnya, kat sini tak macam Malaysia dari segi etika memelihara binatang. Contohnya macam anjing, kalau di bawa bersiar-siar tuannya akan membawa plastik sendiri untuk mengutip ‘bahan buangan’ anjing tu. Dan kalau di taman-taman awam, biasanya ada tanda amaran tidak dibenarkan melepaskan anjing sewenang-wenangnya dan tuan punya anjing bertanggujawab membersihkan bahan buangan yang dikeluarkan. Yang ni kat Malaysia pun patut buat..

Papan tanda amaran untuk pemelihara anjing. Terjemahan: Sila uruskan bahan buangan anjing anda!

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: